Memoir

This slideshow requires JavaScript.

Pasar basah Chow Kit (Raja Bot) yang terletak di sekitar Jalan Chow Kit dan selari dengan Jalan Tunku Abdul Rahman serta Jalan Raja Laut, merupakan sebuah tempat yang menjadi tumpuan buat semua warga kota Kuala Lumpur. 

Demi pembangunan dan pembaharuan, struktur bangunan pasar lama yang menjadi salah satu ikonik di sini akan hilang dari mata kita buat selamanya. Ianya akan digantikan dengan bangunan baru yang lebih selesa buat kita semua. 

Kenangan.. Takkan mudah dilupakan. 

HadiNik

Advertisements

Qurban 2016 (flat lay) 

This slideshow requires JavaScript.

Qurban 2016.

Sekali lagi peluang yang ada digunakan sebaik mungkin bila dapat bercuti dan pulang ke kampung isteri ketika Hari Raya Aidiladha pada tahun ini. Bertempat di sebuah kampung di Besut, Terengganu. Dalam memahami erti pengertian Qurban bagi penduduk kampung di sini yang telah mereka amalkan sejak dahulu hingga sekarang. 

Bermula dari malam raya dengan hidangan Ketupat Palas (pulut) yang menjadi hidangan utama kebanyakan penduduk di sini. Di pagi Hari Raya pula selepas selesai solat sunat Aidiladha, para jemaah akan dihidangkan dengan sedikit juadah yang dibawa oleh mereka yang ingin bersedekah. 

Ibadah Qurban seperti biasa dijalankan di tempat yang telah disediakan. Bagi yang menyertainya, mereka perlu berada di lokasi dan melihat dengan mata mereka sendiri dari awal acara hingga selesai. Hasil sembelihan akan dibahagi kepada 7 bahagian. Setiap peserta yang pulang dengan bahagian masing-masing akan mengagihkan daging sembelihan tersebut kepada mereka yang memerlukan. 

Indahnya Ibadah Qurban. 

HadiNik. 

SETIA

This slideshow requires JavaScript.

Kg Paya Lebar
Sungai Lui, Hulu Langat
Selangor.

‘Setia’. Ungkapan yang sangat sesuai digunakan untuk menggambarkan hubungan antara dua makhluk yang berbeza.  Walaupun berbeza dari segi fizikal, hubungan antara keduanya sangat rapat dan penuh dengan kasih sayang. Indahnya ungkapan ‘SETIA’.

HadiNik

Pulau Ketam

This slideshow requires JavaScript.

Pulau Ketam ialah sebuah pulau kecil yang terletak berhampiran dengan Pelabuhan Klang, Selangor. Diasaskan sekitar tahun 1880 dan diduduki majoritinya oleh nelayan-nelayan berbangsa Cina.

Uniknya Pulau Ketam ni dapat dilihat pada sistem pengangkutan di darat. Tiada kenderaan berenjin di sini. Hanya basikal semata-mata. Samada basikal yang biasa ataupun berkuasa bateri.

Struktur bangunan juga majoritinya masih lagi kekal dengan struktur yang lama. Malah boleh dilihat setiap corak bangunan tersebut susah untuk kita jumpa di kawasan bandar.

Untuk berulang alik dari Pulau Ketam ke Pelabuhan Klang, penduduk di sini menggunakan sistem pengankutan di air samada menggunakan bot biasa, feri ataupun bot laju.

Seronok melihat kehidupan di sini. Penduduk setempat begitu mesra dan suasananya terasa tenang dan damai. Semestinya akan kembali lagi ke sini untuk menikmati suasana kehidupan perkampungan nelayan.

HadiNik.

Pasar Chow Kit

21 Mei 2016
Chow Kit, Kuala Lumpur
#streetmalaysia
#fjmouting

Peluang yang sangat berharga bila dapat bertemu dan berkenalan dengan rakan yang selama ini hanya kenal di dalam talian sahaja. “FJM Outing Mei 2016”, merupakan satu aktiviti dari kumpulan ‘Fotografi Jalanan Malaysia (FJM) ‘ buat mereka yang menggemari dan yang ingin mempelajari seni foto jalanan.

Salah satu tempat yang mereka lawati adalah ‘Pasar Chow Kit’ yang kini semakin mendapat perubahan luar dan dalam. Sebelum semuanya berubah dan hilang menjadi kenangan, peluang yang ada kita ambil dan rakamkan segala apa yang menarik pada pandangan mata. Manalah tahu satu hari nanti apa yang kita rakamkan akan menjadi bahan rujukan buat generasi akan datang.

Yang pastinya aktiviti sebegini perlu diteruskan. Sambil bertemu dengan rakan taulan, kita akan dapat berkongsi ilmu dan bertukar pendapat. Sampai masa kami pun berpisah. Walaupun sekejap, tapi ianya amat berharga bila ilmu dapat dikongsikan bersama. Moga kita dapat berjumpa di lain masa.

image

Hadinik76

Cahaya..

2015-2016

Cahaya..
Sangat penting memainkan peranan di dalam kehidupan kita. Tanpa cahaya kita tidak dapat untuk melihat apa yang ada di hadapan kita. Tanpa cahaya juga kita akan hilang punca dalam mengharungi liku-liku hidup di mana saja kita berada.

image

image

Ada masa kita akan jadi kabur. Ada masa semuanya jelas di depan mata. Ada masa ianya berlaku dalam sekelip mata sahaja. Semuanya berlaku pada kita. Samada kita ingat atau tidak dengan apa yang kita lihat bila cahaya menjengah ke mata kita.

image

image

image

Hargai dengan apa yang kita lihat.  Hargai bila cahaya dapat menerangi hidup kita.  Tanpa cahaya kita akan teraba-raba. Tanpa cahaya kita akan sesat tanpa hala tuju. Tanpa cahaya kita akan buta…

image

image

image

image

Carilah cahaya..
Biar ianya menerangi hidup kita..

Hadinik..

MSPBW Ipoh photowalk part II

Sambungan dari bahagian satu..
Setelah puas berjalan dari satu tempat ke tempat yang lain, kami pun pulang ke hotel penginapan untuk merehatkan badan. Bersiap sedia untuk perjalanan seterusnya.

image

image

Di hari kedua kami memulakan segala langkah dan kudrat yang ada di bandar Ipoh dahulu. Setelah bersarapan pagi, kami pun bertemu dengan rakan-rakan seperjuangan di sini.

Setelah bersua muka dan mendengar serba sedikit penerangan dan perbincangan, maka bermulalah perjalanan kami pada hari kedua ini. Pasar Lokan destinasi pertama kami.

image

image

image

Inilah syurga bagi kami di sini. Pasar karat yang penuh dengan barang-barang lama yang dijual kembali. Begitu meriah kami rasakan dengan kehadiran ramai pengunjung di sini.

image

image

image

image

image

Yang pastinya para peniaga begitu mesra tatkala kami ingin merakamkan aktiviti di sini. Berbagai gelagat dapat kami rakamkan. Begitu bersahaja lagak sesama mereka.

image

image

Seawal pagi sebelum kami bergerak, kami telah terserempak dengan satu kumpulan yang mengenakan pakaian seragam tentera zaman dahulu.

Sungguh unik dan ini adalah rezeki bagi kami. Mereka sebenarnya adalah tentera yang sedang mengadakan satu persembahan di kawasan terdekat.

image

image

Setelah puas berpusing di pasar Lokan ini, kami pun mula bergerak menuju ke kawasan seterusnya. Bermula di pasar besar Ipoh dan terus menuju ke kawasan yang penuh dengan lukisan di dinding.

image

image

image

image

image

image

image

image

image

image

image

image

image

Destinasi terakhir kami adalah pekan Papan. Sebuah pekan yang masih mengekalkan struktur bangunan lama yang masih kekal hingga ke hari ini. Di sini juga kami berkesempatan mengunjungi satu istana lama yang dikenali sebagai Istana Mandailing. Dapat bertemu dengan pewaris yang masih menjaga struktur istana ini.

image

image

image

image

image

Sayangnya kami tidak dapat merakamkan suasana keliling istana kerana cuaca yang tidak mengizinkan. Hujan turun membahasi bumi. Kami hanya mampu berbual mesra dengan pewaris dan merakamkan serba sedikit sepanjang tempoh berada di dalam istana Mandailing.

image

image

Sebelum pulang mata kami tertarik dengan satu lot kedai gunting rambut. Dengan perkakas lama yang masih digunakan hingga ke hari ini. Dan yang pastinya ketika kedai tersebut hendak ditutup, peluang kami datang untuk merakamkan detik-detik tatkala tuan kedai hendak menutup kedainya.

image

image

image

Begitulah perjalanan kami di Ipoh Perak. Sebelum pulang kami singgah ke tempat terakhir iaitu Kellys castle. Akan tetapi pada masa tersebut saya begitu letih dan tidak merakamkan apa yang berada di sana. Hanya duduk di dalam kereta melelapkan diri sebelum bergerak pulang ke KL.

Terima kasih pada mereka yang terlibat. Terima kasih pada rakan seperjuangan. Terima kasih jua pada mereka yang membantu, yang tidak jemu melayan kerenah kami sepanjang hari.

Akhir kata, terima kasih kepada semua. Kenangan di Ipoh akan sentiasa segar di dalam ingatan.

image

Sekian dari saya, Hadi Nik.

MSPBW Ipoh trip

1 Ogos 2015..
Ipoh Perak Street Photowalk..
(bahagian 1)..

image

Setelah selesai kerja di hujung bulan, kini masanya untuk melupakan segala masalah yang berkaitan dengan tugas di pejabat. Bersama-sama dengan kumpulan Malaysia Street Photography Black n White (MSPBW) , kami pun mula bergerak menuju ke destinasi yang telah kami tetapkan, Ipoh Perak Darul Ridzwan..

image

image

Sampai sahaja di sini,  kami terus meletakkan kenderaan kami di stesen keretapi Ipoh. Berehat sebentar melepaskan lelah sambil menunggu rakan yang lain tiba. Dari stesen ini kami memulakan langkah menuju ke destinasi yang pertama.

image

image

image

Seperti di Pulau Pinang, kebanyakan  struktur bangunan lama di sini, masih lagi dipulihara. Malah masih ada lagi individu yang berniaga di sini yang diwarisi dari keluarga sejak dari zaman dahulu lagi. Kami begitu tertarik dengan tempat yang dikenali sebagai “Plan B”.

image

image

image

image

Satu pengalaman yang tak dapat dilupakan bila kami bersama-sama dapat menikmati minuman ais kepal. Lama sungguh tak merasa minuman ini. Terasa seperti di zaman kanak-kanak dahulu. Begitu mengimbau kenangan masa lalu.

image

image

image

Kalau dah datang ke sini, dah pastinya orang akan mencari Nasi Ganja. Bukan ganja yang menjadi ramuan masakan, tetapi keenakan Nasi Kandar yang dijual di restoranYong Suan di Jalan Yang Kalsom begitu menjadi tarikan. Nak makan semestinya perlu beratur dahulu. Perlu bersabar jika hendak menikmatinya.

image

image

image

Seterusnya kami menuju ke kilang kopi Antong yang dikilangkan secara tradisional. Tapi apakan daya masa tidak menyebelahi kami. Waktu kami sampai kedai tersebut sudah hampir nak tutup. Jadi kami hanya sempat singgah sebentar sahaja.

Akan tetapi kami masih lagi dilayan dan diberi sedikit penerangan tentang kilang kopi yang diwarisi turun temurun ini. Pelbagai jenis dan rasa kopi dapat kami rasai. Terima kasih atas layanan yang diberi.

image

image

image

image

image

Selesai di kilang kopi, kami terus ke Kuala Sepetang. Pastinya ke kilang pembuatan arang yang dibuat dari pohon kayu bakau dan kebanyakannya dieksport ke negara Jepun.

image

image

image

image

image

image

Rezeki kami bila dapat bertemu dengan pengusaha kayu arang di sini. Dari penerangan yang diberi, proses membuatnya sahaja merupakan proses yang rumit. Kayu yang telah dipotong akan dipilih mengikut gred yang telah ditetapkan.

Kayu akan disusun di dalam tempat yang berbentuk seperti iglu dan di tutup rapat. Kemudian api akan dihidupkan di pintu iglu tersebut mengikut masa yang ditetapkan. Saiz api pula berbeza dan perlu dijaga setiap masa.

Tempoh pembakaran lebih kurang selama 20 hari sehingga kayu betul-betul telah kering dan bertukar menjadi arang. Pintu tempat pembakaran akan di tutup terus setelah api dipadamkan.
10 hari lagi diperlukan untuk proses pengeringan dan penyejukkan. 

image

image

image

image

image

Manalah tahu.. pengusaha arang yang kami jumpa rupanya tuan kedai Mee Udang Mak Jah yang sangat popular di sini. Setelah berbual beramah mesra, beliau sendiri telah menawarkan diri untuk membawa kami ke Port Weld bagi melihat pemandangan matahari terbenam di muara sungai.

image

image

image

image

image

Berakhirlah sudah hari pertama kami di Ipoh Perak. Dari satu tempat ke satu tempat, semua masa diisi dengan sebaiknya. Tiada kata penat yang terbit dari mulut kami, hanyalah kepuasan yang tergambar di wajah masing-masing.

Sebelum pulang kami menjamu selera dengan Mee Udang Mak Jah di kedai yang diusahakan oleh keluarga mereka sendiri. Sedap?  Memang sedap. Rugi bagi sesiapa yang tak mencubanya.

image

image

Begitulah kisah kami di hari pertama di bandar Ipoh ini. Kisah kami akan bersambung di bahagian kedua nanti.

Sekian dari saya.. HadiNik..

KLIA 2

image

KLIA 2 telah dibina berdasarkan pada pertumbuhan sistem pengangkutan penerbangan tambang murah yang semakin mendapat perhatian masyarakat di Malaysia.

Apa yang menarik bila kita berada di sini?  Kita boleh melihat berbagai telatah manusia yang sentiasa memenuhi ruang di KLIA 2 ini. Dari balai pelepasan hingga ke balai ketibaan, ruang legarnya sentiasa penuh dengan pelbagai masyarakat yang datang dari pelosok dunia.

image

image

image

image

image

image

image

image

Ada yang menunggu tibanya masa berlepas. Ada juga yang datang menunggu penumpang yang bakal tiba. Tak kira di mana-mana ada saja yang duduk sambil menghitung masa.

image

image

image

image

image

image

image

image

image

image

image

Tidak dilupakan juga kawasan untuk menghilangkan penat lelah pengunjung yang tiba. Tempat makan dan minum berada di mana-mana, kedai yang menjual pelbagai barangan juga tumbuh melata. Pilih saja yang mana berkenan di hati.

image

image

image

image

image

image

image

image

image

image

Bosan bila berada di sini?  Pilih saja mana nak pergi. Tampat makan dan minum sudah tersedia, bershopping pun boleh juga. Struktur asas semuanya ada.

image

image

image

image

image

image

image

image

Tak cukup dengan itu, ada juga persembahan yang dihidangkan bagi mempromosikan Malaysia di mata dunia.

image

image

image

image

Begitulah serba sedikit dengan KLIA 2. Peluang yang ada saya kongsikan bersama. Sekian dari saya.

Hadi Nik…

PKS Photowalk

Sabtu 9/5/15
830am-1130am

image

Di pagi Sabtu yang hening, dengan cuaca yang terasa dingin, menandakan akan turunnya hujan membahasi bumi. Bermulalah kisah PKS photowalk KL yang akan berlangsung di sini biarpun hujan membahasi diri.

Stesen LRT Central Market menjadi tempat pertemuan ahli kumpulan dan seterusnya restoran Al-Ariffin menjadi destinasi untuk bersarapan pagi. Peluang yang ada diisi dengan sessi suai kenal di kalangan ahli kumpulan.

image

Acara pertama pun bermula. Sessi Potraiture dari jurufoto professional . Segala tunjuk ajar diberikan secara live yang menyentuh segala aspek di dalam fotografi. Dari cara melihat sudut cahaya hinggalah kepada cara  berinteraksi dengan model. Satu perkongsian yang sangat berguna buat ahli kumpulan.

image

image

image

image

image

image

image

image

Setelah selesai acara yang pertama, sessi Portraiture yang kedua diteruskan  di lokasi Jalan Panggung KL dengan bertemakan  “menghidupkan kembali zaman 70 an”..

image

image

image

image

image

image

image

image

image

image

Sessi berakhir tatkala menghampiri tengah hari. Seperti biasa selfie dan group photo di ambil untuk dijadikan kenang-kenangan.

image

image

image

Tahniah PKS . Terima kasih kepada semua yang terlibat. Satu pengalaman berharga buat semua.

Sekian, Hadinik..