MSPBW Ipoh trip

1 Ogos 2015..
Ipoh Perak Street Photowalk..
(bahagian 1)..

image

Setelah selesai kerja di hujung bulan, kini masanya untuk melupakan segala masalah yang berkaitan dengan tugas di pejabat. Bersama-sama dengan kumpulan Malaysia Street Photography Black n White (MSPBW) , kami pun mula bergerak menuju ke destinasi yang telah kami tetapkan, Ipoh Perak Darul Ridzwan..

image

image

Sampai sahaja di sini,  kami terus meletakkan kenderaan kami di stesen keretapi Ipoh. Berehat sebentar melepaskan lelah sambil menunggu rakan yang lain tiba. Dari stesen ini kami memulakan langkah menuju ke destinasi yang pertama.

image

image

image

Seperti di Pulau Pinang, kebanyakan  struktur bangunan lama di sini, masih lagi dipulihara. Malah masih ada lagi individu yang berniaga di sini yang diwarisi dari keluarga sejak dari zaman dahulu lagi. Kami begitu tertarik dengan tempat yang dikenali sebagai “Plan B”.

image

image

image

image

Satu pengalaman yang tak dapat dilupakan bila kami bersama-sama dapat menikmati minuman ais kepal. Lama sungguh tak merasa minuman ini. Terasa seperti di zaman kanak-kanak dahulu. Begitu mengimbau kenangan masa lalu.

image

image

image

Kalau dah datang ke sini, dah pastinya orang akan mencari Nasi Ganja. Bukan ganja yang menjadi ramuan masakan, tetapi keenakan Nasi Kandar yang dijual di restoranYong Suan di Jalan Yang Kalsom begitu menjadi tarikan. Nak makan semestinya perlu beratur dahulu. Perlu bersabar jika hendak menikmatinya.

image

image

image

Seterusnya kami menuju ke kilang kopi Antong yang dikilangkan secara tradisional. Tapi apakan daya masa tidak menyebelahi kami. Waktu kami sampai kedai tersebut sudah hampir nak tutup. Jadi kami hanya sempat singgah sebentar sahaja.

Akan tetapi kami masih lagi dilayan dan diberi sedikit penerangan tentang kilang kopi yang diwarisi turun temurun ini. Pelbagai jenis dan rasa kopi dapat kami rasai. Terima kasih atas layanan yang diberi.

image

image

image

image

image

Selesai di kilang kopi, kami terus ke Kuala Sepetang. Pastinya ke kilang pembuatan arang yang dibuat dari pohon kayu bakau dan kebanyakannya dieksport ke negara Jepun.

image

image

image

image

image

image

Rezeki kami bila dapat bertemu dengan pengusaha kayu arang di sini. Dari penerangan yang diberi, proses membuatnya sahaja merupakan proses yang rumit. Kayu yang telah dipotong akan dipilih mengikut gred yang telah ditetapkan.

Kayu akan disusun di dalam tempat yang berbentuk seperti iglu dan di tutup rapat. Kemudian api akan dihidupkan di pintu iglu tersebut mengikut masa yang ditetapkan. Saiz api pula berbeza dan perlu dijaga setiap masa.

Tempoh pembakaran lebih kurang selama 20 hari sehingga kayu betul-betul telah kering dan bertukar menjadi arang. Pintu tempat pembakaran akan di tutup terus setelah api dipadamkan.
10 hari lagi diperlukan untuk proses pengeringan dan penyejukkan. 

image

image

image

image

image

Manalah tahu.. pengusaha arang yang kami jumpa rupanya tuan kedai Mee Udang Mak Jah yang sangat popular di sini. Setelah berbual beramah mesra, beliau sendiri telah menawarkan diri untuk membawa kami ke Port Weld bagi melihat pemandangan matahari terbenam di muara sungai.

image

image

image

image

image

Berakhirlah sudah hari pertama kami di Ipoh Perak. Dari satu tempat ke satu tempat, semua masa diisi dengan sebaiknya. Tiada kata penat yang terbit dari mulut kami, hanyalah kepuasan yang tergambar di wajah masing-masing.

Sebelum pulang kami menjamu selera dengan Mee Udang Mak Jah di kedai yang diusahakan oleh keluarga mereka sendiri. Sedap?  Memang sedap. Rugi bagi sesiapa yang tak mencubanya.

image

image

Begitulah kisah kami di hari pertama di bandar Ipoh ini. Kisah kami akan bersambung di bahagian kedua nanti.

Sekian dari saya.. HadiNik..

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s