MSPBW Ipoh photowalk part II

Sambungan dari bahagian satu..
Setelah puas berjalan dari satu tempat ke tempat yang lain, kami pun pulang ke hotel penginapan untuk merehatkan badan. Bersiap sedia untuk perjalanan seterusnya.

image

image

Di hari kedua kami memulakan segala langkah dan kudrat yang ada di bandar Ipoh dahulu. Setelah bersarapan pagi, kami pun bertemu dengan rakan-rakan seperjuangan di sini.

Setelah bersua muka dan mendengar serba sedikit penerangan dan perbincangan, maka bermulalah perjalanan kami pada hari kedua ini. Pasar Lokan destinasi pertama kami.

image

image

image

Inilah syurga bagi kami di sini. Pasar karat yang penuh dengan barang-barang lama yang dijual kembali. Begitu meriah kami rasakan dengan kehadiran ramai pengunjung di sini.

image

image

image

image

image

Yang pastinya para peniaga begitu mesra tatkala kami ingin merakamkan aktiviti di sini. Berbagai gelagat dapat kami rakamkan. Begitu bersahaja lagak sesama mereka.

image

image

Seawal pagi sebelum kami bergerak, kami telah terserempak dengan satu kumpulan yang mengenakan pakaian seragam tentera zaman dahulu.

Sungguh unik dan ini adalah rezeki bagi kami. Mereka sebenarnya adalah tentera yang sedang mengadakan satu persembahan di kawasan terdekat.

image

image

Setelah puas berpusing di pasar Lokan ini, kami pun mula bergerak menuju ke kawasan seterusnya. Bermula di pasar besar Ipoh dan terus menuju ke kawasan yang penuh dengan lukisan di dinding.

image

image

image

image

image

image

image

image

image

image

image

image

image

Destinasi terakhir kami adalah pekan Papan. Sebuah pekan yang masih mengekalkan struktur bangunan lama yang masih kekal hingga ke hari ini. Di sini juga kami berkesempatan mengunjungi satu istana lama yang dikenali sebagai Istana Mandailing. Dapat bertemu dengan pewaris yang masih menjaga struktur istana ini.

image

image

image

image

image

Sayangnya kami tidak dapat merakamkan suasana keliling istana kerana cuaca yang tidak mengizinkan. Hujan turun membahasi bumi. Kami hanya mampu berbual mesra dengan pewaris dan merakamkan serba sedikit sepanjang tempoh berada di dalam istana Mandailing.

image

image

Sebelum pulang mata kami tertarik dengan satu lot kedai gunting rambut. Dengan perkakas lama yang masih digunakan hingga ke hari ini. Dan yang pastinya ketika kedai tersebut hendak ditutup, peluang kami datang untuk merakamkan detik-detik tatkala tuan kedai hendak menutup kedainya.

image

image

image

Begitulah perjalanan kami di Ipoh Perak. Sebelum pulang kami singgah ke tempat terakhir iaitu Kellys castle. Akan tetapi pada masa tersebut saya begitu letih dan tidak merakamkan apa yang berada di sana. Hanya duduk di dalam kereta melelapkan diri sebelum bergerak pulang ke KL.

Terima kasih pada mereka yang terlibat. Terima kasih pada rakan seperjuangan. Terima kasih jua pada mereka yang membantu, yang tidak jemu melayan kerenah kami sepanjang hari.

Akhir kata, terima kasih kepada semua. Kenangan di Ipoh akan sentiasa segar di dalam ingatan.

image

Sekian dari saya, Hadi Nik.

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s