Qurban 2016.
Sekali lagi peluang yang ada digunakan sebaik mungkin bila dapat bercuti dan pulang ke kampung isteri ketika Hari Raya Aidiladha pada tahun ini. Bertempat di sebuah kampung di Besut, Terengganu. Dalam memahami erti pengertian Qurban bagi penduduk kampung di sini yang telah mereka amalkan sejak dahulu hingga sekarang.
Bermula dari malam raya dengan hidangan Ketupat Palas (pulut) yang menjadi hidangan utama kebanyakan penduduk di sini. Di pagi Hari Raya pula selepas selesai solat sunat Aidiladha, para jemaah akan dihidangkan dengan sedikit juadah yang dibawa oleh mereka yang ingin bersedekah.
Ibadah Qurban seperti biasa dijalankan di tempat yang telah disediakan. Bagi yang menyertainya, mereka perlu berada di lokasi dan melihat dengan mata mereka sendiri dari awal acara hingga selesai. Hasil sembelihan akan dibahagi kepada 7 bahagian. Setiap peserta yang pulang dengan bahagian masing-masing akan mengagihkan daging sembelihan tersebut kepada mereka yang memerlukan.
Indahnya Ibadah Qurban.
HadiNik.