Street 2 Street vol 6 part 1

9/5/15
Dataran Medan Pasar.

image

Sabtu, bertempat di Dataran Medan Pasar KL, berlangsungnya acara KL Street Jam yang menampilkan bakat-bakat seni tanahair dari sekitar KL beraksi di atas satu pentas anjuran DBKL.

Hasil kerjasama yang terjalin antara DBKL dan Street to Street, pameran foto jalanan kini diteruskan untuk siri yang ke 6. Selain daripada pameran foto, terdapat juga aktiviti Tips Talk yang diberikan dalam bidang fotografi.

image

image

image

image

image

image

image

image

image

Ramai pengunjung yang singgah untuk melihat dengan lebih dekat hasil karya yang dipertontonkan. Ramai yang khusyuk menghayati, tidak kurang juga yang bertukar-tukar pendapat sesama sendiri.

Tidak ketinggalan juga rakan-rakan fotografi yang datang mengunjungi bagi memeriahkan lagi suasana dan memberikan sokongan yang tak berbelah bagi.

image

image

image

image

image

Paling seronok bila acara Tips Talk berlangsung. Kita akan berpeluang mendengar pandangan dan cara-cara yang diguna pakai oleh jurufoto yang berpengalaman ketika mengambil sesuatu gambar. Banyak ilmu yang dapat dipelajari dan dikongsi dari acara ini.

image

image

image

image

Tahniah diucapkan buat Street to Street dengan pameran yang dianjurkan. Satu usaha yang sangat bernilai dalam menaikkan seni karya fotografi jalanan di mata masyarakat setempat.

image

image

Street to Street photo exhibition. Satu pengalaman yang tak ternilai.

Sekian, Hadinik.

WAU

Jumaat
1 Mei 2015
Kg Tok Motong, Besut Terengganu.

image

Wau begitu sinonim dengan penduduk di kawasan pantai timur dan ianya dimainkan dalam pelbagai cara oleh penduduk setempat. 1 Mei 2015, bertempat di Kampung Tok Motong, Besut Terengganu. Satu sambutan telah diadakan sempena berakhirnya musim menuai padi. Ianya dimainkan secara besar-besaran di dalam satu perlawanan ala-ala sprint yang disertai oleh penduduk setempat tak kira tua ataupun muda.

Wau yang dapat naik paling tinggi dan dapat bertahan paling lama mengikut masa yang ditetapkan akan dikira sebagai pemenang. Harus diingat, masa yang ditetapkan adalah mengikut tenggelamnya tempurung kelapa (telah ditebuk lubang) yang diletakkan di dalam bekas yang berisi dengan air.

Seronok bila melihatkan penduduk kampung bersama-sama bersorak memberikan sokongan yang padu kepada mereka yang mengambil bahagian. Acara kemuncak muncul tatkala senja menghampiri. Wau gergasi dinaikkan bagi menandakan berakhirnya perlawanan yang mereka sertai.

image

image

image

image

image

image

image

image

image

image

image

image

image

image

image

image

image

image

image

image

image

Inilah sifat yang ditunjukkan oleh mereka. Dengan perlawanan yang diadakan, hubungan yang sedia ada menjadi semakin utuh sesama mereka.

image

image

Sekian dari saya, Hadinik.

FJKL photowalk #3

29/3/15..
FJKL Photowalk #3..
CM area meeting point..

image

Sekali lagi saya berpeluang untuk menyertai FJKL photowalk #3 yang diadakan pada penghujung bulan Mac yang lepas. Peluang yang ada saya gunakan sebaiknya agar dapat mencari ilmu dari mereka yang banyak pengalaman.

image

Seperti biasa, lokasi pertemuan di Pasar Seni (Central Market) menjadi pilihan. Sedikit penerangan diberikan seperti biasa sebelum bermulanya acara.

Photowalk kali ini lebih menekankan kepada street potrait dan street layering yang mana ianya secara tak langsung menjadi satu assignment yang akan dipelajari bersama.

image

Kini bermulalah acara. Masing-masing bergerak mencari subjek yang menarik di jalanan bersama-sama. Lokasi pertama bermula dari CM menuju ke Jalan Petaling.

image

image

Antara lokasi yang sentiasa menjadi tumpuan di sini adalah Pasar Karat. Tempat yang penuh dengan pelbagai kisah dan wajah.

image

image

image

image

Selesai di Pasar Karat, kami terus berjalan menuju ke destinasi yang seterusnya. Ketika ini kami telah terserempak dengan satu kumpulan yang begitu asyik memotret keindahan Kuala Lumpur di atas kertas. Peluang buat kami yang selalu mencari subjek yang menarik.

image

image

image

Langkah disusun menuju ke Puduraya. Pelbagai keletah wargakota di pagi hari sentiasa mencuri perhatian kami.

image

image

image

Destinasi seterusnya Pasar Pudu. Perjalanan diteruskan dengan menaiki Star LRT. Tak kira di mana kami berada, kamera di tangan sentiasa tersedia.

image

image

Pasar Pudu kini jadi sasaran. Suasana yang sentiasa penuh dengan orang ramai yang datang mencari barang keperluan seharian.

image

image

image

image

image

image

image

Sampai di sini, saya berpisah dari kumpulan kerana hendak bersedia untuk memulakan kerja di pejabat. Tetapi… Pada sebelah petangnya pula, saya menyambung kembali aktiviti ini di kawasan Bukit Bintang.

image

image

image

image

image

Sekian dari saya.

Hadinik..

Hapuskan Aedes…

7/3/15.
Siantan Apartment, Tmn Putra Perdana.

Ketika sedang berehat bersama keluarga, secara tiba-tiba kedengaran satu arahan sedang diumumkan. Arahan dari pihak kesihatan berkenaan dengan semburan racun berjadual untuk menghapuskan nyamuk aedes.

Penduduk memberikan kerjasama dengan membuka pintu dan tingkap agar asap semburan dapat masuk ke dalam rumah. Makanan pula disimpan di tempat yang tertutup rapi bagi mengelakkan dari terkena semburan ini.

Kanak-kanak begitu teruja melihatkan pihak kesihatan menjalankan tugas mereka. Para penduduk berkumpul di luar memerhatikan kerja-kerja yang dilakukan. Apa yang pastinya kerjasama diberikan sebaik mungkin agar nyamuk aedes dapat dihapuskan.

image

image

image

image

image

image

image

image

image

image

image

image

image

image

image

image

image

image

image

Cegah denggi, hapuskan aedes.
Sekian dari saya,  Hadi Nik.

FJKL outing 1/3/15

FJKL 1/3/15.
CM ke Bkt Bintang.

image

Awal bulan Mac 2015, saya telah mengikuti satu perjumpaan anjuran  Fotografi Jalanan Kuala Lumpur (FJKL) bertempat di Central Market (CM) KL. Satu perjumpaan dan perkongsian antara ahli kumpulan fotografi jalanan.

Kami berkumpul di restoran Yusoof Zakir yang bersebelahan dengan CM. Tempat yang mudah untuk berkumpul sambil menikmati sarapan pagi. Ramai juga yang datang menghadirkan diri dan dapatlah saya berkenalan sesama mereka yang selama ini hanya kenal di dalam muka buku saja.

image

image

Setelah selesai bersarapan, kami pun bergerak memulakan sessi. Lokasi perjalanan kami : CM – Petaling Street – Pudu Sentral – Bukit Bintang. Kami akan berjalan ke setiap kawasan sambil merakamkan kehidupan harian warga KL di jalanan yang menarik di mata kami.

image

image

image

Kawasan pertama yang kami singgah adalah Petaling Street. Seperti biasa Pasar Karat menjadi tumpuan lensa kami. Dan pagi tersebut pasar ini penuh dengan warga kota yang datang ke sini.

image

image

image

image

image

image

image

image

image

Dari Pasar Karat, perjalanan diteruskan ke Pudu Sentral. Kami berjalan secara berkumpulan bagi mengelakkan perkara yang tak diingini terjadi.

image

image

image

image

image

image

image

image

image

image

image

image

Lama sungguh tak berjalan di kawasan ini. Banyak sungguh perubahannya. Teruja juga rasanya melihatkan banyak perubahan yang berlaku di sini. Kami terus berjalan menuju ke destinasi seterusnya. Bukit Bintang…

image

image

image

image

image

image

image

Dari Pudu ke Bukit Bintang kami melalui jalan di celah-celah bangunan lama yang terletak di sini. Masih lagi terdapat bangunan lama yang dikekalkan binaannya. Kebanyakannya  telah diubahsuai menjadi tempat untuk para pelancong singgah beristirehat .

image

image

image

image

Ketika di sini saya telah terpisah dari kumpulan FJKL. Maklumlah pinggang dah sakit, jalan pun tak boleh nak laju. Sudahnya saya tinggal seorang saja di belakang. Akan tetapi tujuan asal tetap diteruskan. Merakamkan apa yang menarik di jalanan hingga ke titisan peluh yang terakhir.. Heheheheh..

image

image

image

image

image

image

image

image

image

Sedar tak sedar saya telah berjalan hingga ke pusat membeli belah di kawasan Bukit Bintang. Terhibur rasa di hati melihatkan gelagat warga kota di sini. Majoritinya bergaya dengan gaya fesyen yang ringkas dan terkini.

image

image

image

image

image

image

image

image

image

image

Tidak kira tua atau muda, semuanya bergaya mengikut trend masa terkini. Kiranya uptodate lah, mengikut kitaran peredaran masa dan zaman. Tiada yang ketinggalan, samada tua, muda, apa jua pangkat, luar ataupun dalam.

image

image

image

image

image

image

image

image

Cukup separuh hari berjalan. Kaki pun dah lenguh, pinggang pun dah semakin sakit. Masanya untuk pulang setelah puas merakamkan aktiviti di jalanan.  Terima kasih FJKL dengan program yang dianjurkan.

image

image

Akhirnya stesen LRT menjadi destinasi  perhentian. Tidak larat dah rasanya setelah jauh berjalan. Faktor usia kini memainkan peranan. Sekian sahaja dari saya yang gemar merakamkan foto di jalanan.

image

Hadi Nik.

Sepetang di Kg Jerus, Melor.

21 Feb 2015.
Sony Nex 6 + Sigma 19mm.

Raya Cina Gong Xi Fa Chai 2015. Peluang bercuti pulang ke kampung halaman isteri di Besut Terengganu. Pulang ke kampung sekeluarga berjalan bercuti menikmati keindahan hidup di kawasan bendang sawah padi.

Peluang yang ditunggu pun tiba bila kami sekeluarga melawat saudara di kampung Jerus, Melor, Kelantan. Sebuah pekan kecil yang terletak di antara Kota Bharu dan Pasir Puteh.

image

Seronok dan tenang rasanya bila berada di sini. Melihatkan kehidupan penduduk di sini yang berbakti dan berbudi pada tanah. Yang pastinya penduduk di sini masih kuat dengan semangat hidup berjiran.

image

image

image

Apa lagi bila dah berada di kawasan perkampungan sebegini, anak-anak pun tak lepaskan peluang berjalan ke sana sini menikmati keindahan alam semulajadi.

image

image

image

image

image

image

image

image

image

Seronok bila budak bandar dapat masuk ke kawasan kampung. Anak-anak tak biasa dengan cara hidup di sini. Ini merupakan pengalaman yang berguna buat mereka. Sebagai kenang-kenangan, dapatlah sedikit kerja yang tak seberapa buat anak-anak tercinta.

image

image

image

image

image

image

image

image

image

image

image

image

Bolehlah sebagai kenangan buat keluarga ketika pulang ke kampung. Sekurang-kurangnya mereka dapat merasai suasana tenang, aman dan damai bila berada di sini.

image

Sekian dari saya..

Hadi Nik.

Diari Langkawi 2015..

31/1/15 – 3/2/15
Pulau Langkawi
Sony Nex6 + kitlens..

image

Sebut sahaja pulau Langkawi sudah terbayang di dalam kepala akan keindahan pantainya di sana. Pulau yang terkenal dengan kisah lagenda Mahsuri.

Peluang untuk ke sana dapat dipenuhi apabila kelab sukan di tempat kerja mengadakan satu lawatan ke pulau lagenda ini. Office trip setelah setahun penat bekerja mengerah segala keringat yang ada.

Tugas untuk saya seperti biasa perlu merakamkan segala kegiatan aktiviti yang akan kami lakukan di sana. Peluang saya pula merakamkan segala aktiviti perjalanan mengikut dari sudut pandangan mata saya..

Inilah sedikit perkongsian dari saya ketika berkunjung ke sana. Koleksi “Light and Shadow @ Langkawi island”.

image

image

image

image

image

image

image

image

image

image

image

image

image

image

image

image

image

image

image

image

image

image

image

image

image

image

image

image

image

image

image

Inilah diari perjalanan kami di pulau Langkawi. Dari KL ke jeti Kuala Perlis, kemudian ke Gunung Mat Cincang, Kilim Geoforest, litar Go-kart, pantai Cenang dan akhir sekali dah tentunya bershoping sakan.

Terima kasih rakan sepejabat encik Zulki yang merakamkan gambar kami ketika berada di dalam bot di Kilim Geoforest.  Dapatlah enter frame sekali sekala..

image

        *saya di belakang sekali haaa..

image

              *Encik Zulki di atas bot.

Inilah sedikit perkongsian kenangan kami ketika berada di Langkawi. Ada masa kami akan datang lagi.

image

image

Sekian.
Hadi Nik..

2015… Tahun Baru Langkah Baru.

Sabtu 17 Jan 2015.
Streeting tahun baru.
Gear : apa-apa pun boleh.

image

Setelah lama menyepikan diri kerana bebanan tugas yang perlu dihadapi, kini masanya untuk kembali di jalanan untuk meneruskan hobi.

Berbanyak terima kasih diucapkan kepada saudara Mahfuz Jaafar kerana sudi memberikan beberapa panduan untuk genre fotografi ini. Banyak perkara yang telah diperbincangkan tempoh hari. Banyak juga ajaran yang telah dipertunjukkan pada diri ini.

image

image

image

Sarapan perlu diutamakan sebelum memulakan sessi. Ramai juga juru gambar yang saya jumpa tempoh hari. Selalu hanya kenal di alam maya, kini dapat berjumpa di depan mata lagi.

image

image

Perjalanan dimulai di sekitar Pasar Seni dan seterusnya kami berdua terus bergerak ke Jalan Petaling. Inilah serba sikit hasil yang sempat saya rakamkan.

image

image

image

image

image

image

image

Cuaca pada hari tersebut sangat baik. Cerah di awal pagi dengan sinar terik matahari yang memberikan kesan cahaya dan bayang-bayang yang menarik sekali.

image

image

image

image

image

Dari sini kami terus berjalan hingga ke Lebuh Ampang dan berpatah balik ke tempat kami bermula tadi. Berjalan sambil melihat memerhati mencari subjek yang menarik pada pandangan mata ini.

image

image

image

image

image

Terima kasih saudara Mahfuz Jaffar di atas segala tunjuk ajar yang telah diberi. Akan selalu dipraktikkan selepas ini bagi meningkatkan diri. Separuh hari berjalan bersama, banyak yang dapat dipelajari.

image

image

image

image

image

image

image

image

Melihat karakter, sudut cahaya, garisan, keadaan persekitaran, sabar, peka dan masa yang sesuai. Antara perkara yang diajar dan dipraktikkan semasa sessi ini berjalan.

image

image

image

image

image

image

Selesai sudah sessi pembukaan tahun 2015. Separuh hari berjalan, cukup buat saya sebagai sessi pemanas badan. Akan difikirkan semula tarikh yang sesuai untuk sessi seterusnya.

Sekian,

Hadi Nik.

Throwback 2014

Terkenang kembali streeting sebelum berakhirnya tahun 2014. Art of seeing Sony workshop yang diadakan di sekitar Pasar Seni hinggalah ke Masjid India. Diketuai saudara Nazri Sulaiman, kami bergerak secara berkumpulan untuk mencari apa yang menarik pada pandangan mata kami di sekitar jalanan ibu kota Kuala Lumpur. Inilah beberapa hasil yang sempat saya rakamkan…

image

image

image

image

image

image

image

image

image

image

image

image

image

image

image

image

image

image

image

image

image

image

image

image

image

image

image

Beginilah saya bila dah berada di jalanan. Tak sabar dah ni nak start dengan tahun 2015 ni..hehehehehe

Sekian.
Hadi Nik..

Diari family

Sony Nex 6

Salam kembali..
2015 sudah bermula, kini masanya untuk meneruskan perjalanan. Inilah perjalanan yang saya gemar bilamana dapat bermain di jalanan.

image

Masih lagi dengan konsep gegar-gegar dan kali ini saya merakamkan pula aktiviti keluarga di hari cuti pada tahun baru yang lalu. Sekadar percubaan diri sendiri sahaja.. (terpikat sebenarnya)..

image

image

image

image

image

image

image

image

image

image

image

Sekian dari saya sefamili…

Hadi Nik.